Empat atlet sertai B-MAEX

Oleh James Kon

LABUAN, 16 DIS – Empat orang atlet tempatan Chainblock Gym telah mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak dalam Kategori Pro K1 dan Amatur K1 di Kejohanan B-MAEX di Wilayah persekutuan Labuan.

B-MAEX merupakan satu platform yang julung kali diadakan di Malaysia, di mana atlet seni bela diri pelbagai negara dan latar belakang menyertai kejohanan ini untuk menunjukkan bakat dan kemahiran mereka kepada orang ramai.

Dalam acara Light middle weight bawah 71kg bagi Kategori Amatur K1, Haji Mohammad Ariez bin Haji Mat Yassin menewaskan atlet Malaysia, Chan Tai Sen untuk meraih kejuaraan. Sementara itu, acara Cruiser weight bawah 86kg, Mohammad Shahlimin bin Abdul Salim membawa pulang pingat emas selepas mengatasi Kingsley Tan Yoon Keong dari STT Malaysia.

Sementara itu, bagi acara welter weight bawah 67kg, Fairul Rizal bin Hashim memungut pingat emas ketiga selepas meraih kemenangan menewaskan Ivan Tan Wei Sheng dari Tomoi Labuan di acara akhir.

Tatkala, pingat perak diraih oleh Abdul Rahman bin Haji Bujang Ahmad selepas tewas kepada Hisyam Samsudin dari Ewake MMA Malaysia bagi Kategori Pro K1.

Penganjuran Kejohanan B-MAEX ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada atlet seni bela diri untuk bersaing dalam persekitaran yang positif di peringkat negara dan antarabangsa. Sekali gus memupuk nilai teras dalam seni bela diri.

B-MAEX dianjurkan oleh Persatuan Wusyu Labuan dan Persatuan Sukan Kickboxing Labuan dan Borneo Combat Gym dengan kerjasama Persatuan Media Labuan, disokong oleh Persatuan Antarabangsa Sukan Kickboxing Borneo.

Para atlet bergambar ramai bersama-sama pingat yang berjaya diraih.