Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Empat bintang Liverpool bakal tinggalkan kelab

    LIVERPOOL, 18 MEI – Liverpool mengesahkan empat pemainnya yang berprofil tinggi bakal meninggalkan kelab pada penghujung musim menjelang rombakan besar-besaran yang dijangka dibuat pada musim panas nanti.

    Roberto Firmino, Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain kesemuanya akan meninggalkan kelab apabila kontrak mereka tamat pada musim panas nanti, menurut kenyataan kelab Liga Perdana Inggeris itu kelmarin.

    “Keempat-empat pemain itu akan memulakan tempoh baharu dalam karier mereka apabila tamat musim 2022-2023, setelah membantu The Reds memenangi gelaran terbesar semasa mereka bermain di Anfield,” kata Liverpool.

    Pasukan bimbingan Jurgen Klopp menempuh kempen yang kurang memberangsangkan selepas hampir memenangi empat trofi musim lalu.

    Dengan hanya berbaki dua perlawanan pada musim ini, Liverpool berharap Manchester United atau Newcastle melakukan kesilapan untuk mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara. Ketika ini, mereka ketinggalan satu mata untuk berada di kelompok empat teratas, namun bermain lebih dua perlawanan berbanding dua kelab di atas mereka.

    Reaksi Roberto Firmino kepada peminat selepas kemenangan Liverpool ke atas Leicester City di Stadium King Power 15 Mei lalu.- AP

    Klopp dijangka akan memperkuatkan bahagian tengah skuadnya dan ruang akan dibuka selepas Keita, Milner dan Oxlade-Chamberlain meninggalkan kelab.

    Pengurus Liverpool itu sudah merombak jentera serangannya, membawa masuk Darwin Nunez, Luis Diaz dan Cody Gakpo selepas Sadio Mane meninggalkan Liverpool.

    Firmino dibelenggu masalah kecederaan pada musim ini dan sering memanaskan bangku simpanan meskipun cergas.

    Firmino, Keita, Milner dan Oxlade-Chamberlain merupakan sebahagian daripada skuad Liverpool yang menjuarai Liga Juara-Juara pada 2019 dan Liga Perdana Inggeris pada 2020.

    “Kami berbesar hati dengan kesemua pemain yang bakal meninggalkan kelab dan kami menghargai sumbangan yang telah dicurahkan,” kata Liverpool. – AP

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...