Empat dipenjara 50 tahun bunuh aktivis

TEGUCIGALPA, 3 DIS – Sebuah mahkamah di Honduras semalam menjatuhi hukuman penjara 50 tahun ke atas empat lelaki atas pembunuhan aktivis alam sekitar terkenal Berta Caceres pada 2016, satu pembunuhan yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Tiga lelaki lagi dijatuhi hukuman penjara 30 tahun atas peranan mereka dalam jenayah itu, yang memaparkan risiko yang diambil oleh aktivis di Honduras.

Caceres, penyelaras untuk pertubuhan penduduk asli di Honduras, dibunuh pada Mac 2016 oleh lelaki bersenjata yang memasuki rumahnya dalam komuniti La Esperanza. Beliau berusia 45 tahun pada masa itu.

Seorang aktivis Mexico, Gustavo Castro, cedera dalam serangan itu.

Empat defendan utama – Henry Hernandez, Elvin Rapalo, Edilson Duarte dan Oscar Torres – dijatuhi hukuman penjara 34 tahun masing-masing atas pembunuhan Caceres, dan 16 tahun lagi atas percubaan membunuh Castro. – AFP

Gambar fail bertarikh 15 Oktober 2018 menunjukkan lelaki yang dituduh membunuh aktivis hak alam sekitar Berta Caceres, duduk dalam bilik mahkamah di Tegucigalpa, Honduras. – AP