Empat ditangkap terlibat kes pemburuan haram

BANDA ACEH, INDONESIA, 22 JUN – Empat suspek pemburu haram telah ditangkap kerana membunuh harimau Sumatera yang terancam, kata polis Indonesia hari ini, menyerlahkan perjuangan negara Asia Tenggara itu menangani perdagangan haram hidupan liar.

Pihak berkuasa di Aceh, di utara pulau Sumatera, berkata mereka juga mencari suspek kelima, yang semuanya dipercayai terlibat dalam sindiket jenayah.

Semasa taklimat media hari ini, polis menunjukkan kulit, gigi dan tulang harimau yang dirampas daripada suspek perdagangan haram.

Lelaki berkenaan – yang ditahan di bawah pengawasan polis – juga memiliki gigi dan tulang beruang madu, tambah pihak berkuasa.

“Keempat-empatnya menjerat haiwan dilindungi ini dalam perangkap dan meninggalkannya sehingga mati,” kata jurucakap polis Aceh, Margiyanta.

Kami rasa ‘dalangnya merupakan sebahagian daripada sindiket berdasarkan cara profesional mereka menangkap haiwan-haiwan terbabit’.

Bahagian-bahagian tubuh haiwan itu mungkin telah dihantar kepada para pembeli di luar rantau tersebut, tambahnya. – AFP

Polis Indonesia dan Agensi Pemuliharaan Hidupan Liar Aceh menunjukkan kulit harimau betina semasa sidang media di Banda Aceh pada 22 Jun. – AFP