Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat eksekutif minyak ditahan

    HANOI, 22 Jun – Vietnam telah menahan empat eksekutif kanan minyak atas dakwaan menyalahgunakan kuasa, dalam penangkapan terbaharu untuk menyasarkan sektor tenaga negara yang dibelenggu rasuah itu.

    Pemimpin komunis Vietnam telah menumpu pada firma minyak terbesar negara, PetroVietnam (PVN) dan subsidiarinya dalam kempen anti-rasuah besar-besaran yang telah pun menyaksikan berpuluh orang dipenjarakan.

    Tindakan keras rasuah itu meniru tindakan keras yang sama di China.

    Pengkritik berkata kempen Vietnam adalah didorong oleh hasrat untuk pembaharuan dan juga ketegangan politik tatkala pemimpin komunis berusaha untuk memperketat penguasaannya.

    Yang terbaharu dipenjarakan termasuk Tu Thanh Nghia, bekas pengarah usahasama Rusia-Vietnam Vietsovpetro, dan Vo Quang Huy, bekas ketua akauntan di firma tersebut, menurut satu kenyataan daripada Kementerian Keselamatan Awam (MPS) lewat semalam.

    Dua orang yang lain ditahan adalah Dinh Van Ngoc yang mengendali Syarikat Penapisan dan Petrokimia Binh Son dan Nguyen Tuan Hung, menurut ketua pegawai kewangan PetroVietnam Exploration Production Corporation. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda