Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat gempa bumi landa pantai barat Kanada

    WASHINGTON, 22 Okt – Empat gempa bumi, berukuran 4.9 hingga 6.8, melanda pantai barat Kanada dengan pantas lewat semalam, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Pusat gegaran gempa bumi pertama berukuran 6.6 magnitud yang berlaku pada jam 10:39 malam (0549 GMT Isnin), terletak 218 kilometer ke barat daya Port Hardy, sebuah wilayah kecil di timur laut British Columbia di Vancouver Island dan 571km ke barat laut Seattle.

    Gegaran besar kedua, berukuran 6.8 skala Richter, berlaku 196km ke barat daya bandar Kanada lebih setengah jam kemudian, pada 11:16 malam waktu tempatan.

    Enam minit kemudian, gegaran ketiga berukuran 6.5 didaftarkan berlaku 222km ke barat daya Port Hardy, sebelum gegaran lemah 4.9 direkodkan di tempat sama 14 minit selepas itu.

    Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kecederaan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    Rantau itu terletak berhampiran zon penunjaman Cascadia, garis sesar besar yang terletak di luar pesisir, terbentang dari utara Pulau Vancouver hingga Northern California di Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda