KAMPALA, 9 FEB – Empat gorila gunung yang terancam, termasuk tiga gorila betina dewasa, telah terbunuh akibat dipanah petir di taman negara Uganda, kata kumpulan pemuliharaan.
Satu pemeriksaan selepas bedah siasat telah dijalankan ke atas keempat-empat gorila, termasuk seekor anak gorila jantan, yang mati pada 3 Februari di Taman Negara Mgahinga di barat daya Uganda.
“Berdasarkan keputusan bedah siasat, punca kematian kesemua empat individu mungkin renjatan akibat petir,” kata Kolaborasi Rentas Sempadan Virunga (GVTC) dalam satu kenyataan semalam, walaupun pengesahan makmal akan mengambil masa dua hingga tiga minggu.
Keempat-empat gorila adalah anggota sekumpulan 17 gorila yang dikenali sebagai keluarga Hirwa yang telah menyeberangi masuk ke Taman Negara Mgahinga pada Ogos tahun lalu dari Taman Negara Gunung Berapi di negara jiran Rwanda.
“Ia amat menyedihkan,” beritahu setiausaha eksekutif GVTC Andrew Seguya kepada BBC.
“Potensi tiga gorila betina atas sumbangannya kepada habitat gorila adalah besar.” Pada 2008, dianggarkan terdapat 680 beruk yang tinggal tetapi disebabkan usaha pemuliharaan dan rondaan anti-pemburuan, jumlah mereka telah meningkat kepada lebih 1,000.
Disebabkan usaha berkenaan, pada tahun 2018, gorila gunung, spesies kecil gorila timur, dikeluarkan daripada senarai ‘terancam teruk’ kepada ‘terancam’ dalam ‘Senarai Merah’ spesies terancam IUCN. – AFP




























