Empat kanak-kanak maut, khemah terbakar

MOSCOW, 23 JULAI – Empat kanak-kanak maut selepas kebakaran memusnahkan kem perkhemahan musim panas di timur jauh Rusia awal hari ini, kata pihak berkuasa serantau.

Kebakaran itu telah meranapkan kem perkhemahan persendirian kanak-kanak dekat bandar Komsomolsk-on-Amur di rantau Khabarovsk, memusnahkan 20 khemah dan membunuh seorang budak perempuan pada ulang tahun kelahirannya ke-11.

Dua budak perempuan lagi dan seorang budak lelaki mengalami kebakaran teruk dan meninggal dunia kemudian di hospital, menurut jurucakap bagi pihak berkuasa serantau, Nadezhda Tomchenko.

“Empat kanak-kanak menjadi mangsa kebakaran itu, kecederaan mereka tidak tertanggung oleh nyawa,” kata Tomchenko kepada AFP.

Situasi nampak teruk,” ujarnya lagi. Kem itu telah disertai oleh 189 kanak-kanak dan remaja berusia antara tujuh dan 15 tahun.

Para penyiasat melancarkan siasatan pembunuhan manusia dan pengarah kem perkhemahan itu telah ditahan. – AFP

Para pegawai memeriksa kem perkhemahan yang terbakar dekat kampung Solnechny, rantau Khabarovsk, Rusia pada 23 Julai. – AP