Sunday, January 19, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat kanak-kanak maut rumah dijilat api

    LONDON, 17 DIS – Pesuruhjaya Bomba London menyuarakan kesedihannya semalam selepas empat kanak-kanak disah mati dalam kebakaran sebuah rumah di selatan ibu negara Britain.

    Lapan jentera bomba dan kira-kira 60 anggota bomba dikejarkan ke rumah di Sutton, di mana mereka berdepan dengan ‘apa yang amat panas di seluruh tingkat bawah,’ menurut satu kenyataan dari Briged Bomba London.

    Anggota bomba memberikan bantuan pernafasan kecemasan kepada empat kanak-kanak, tetapi mereka disahkan mati di hospital.

    “Ia adalah satu kejadian yang amat mengejutkan kami,” kata Pesuruhjaya Bomba London Andy Roe.

    “Doa saya bersama keluarga dan kawan kanak-kanak berkenaan, seluruh komuniti tempatan dan semua mereka yang terjejas oleh kebakaran ini,” tambahnya.

    Anggota bomba dipanggil ke lokasi pada pukul 6:55 petang semalam. – AFP

    Anggota bomba bekerja di tempat kebakaran di Sutton, selatan London, di mana empat kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran rumah pada 16 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda