Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Empat kematian dalam tempoh 24 jam

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Empat kes yang telah disahkan positif COVID telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu.

    Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Beliau seterusnya menjelaskan, “Dua kes adalah kematian disebabkan oleh jangkitan COVID, satu kes tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID dan punca kematian bagi satu lagi kes adalah masih dalam siasatan.”

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mendiang dan Allahyarham.

    “Semoga keluarga mendiang diberi kesabaran atas pemergian mendiang dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Al-Fatihah.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...