Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Empat kempen derma darah minggu ini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa beberapa kempen derma darah akan dijalankan dalam minggu ini bermula esok.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kempen akan dijalankan di Jaya Setia Square, Berakas esok anjuran Kolej Perdagangan & Teknologi Cosmopolitan mulai 9 hingga 11 pagi.

    Pada 2 November, ia akan diadakan di Unit 4-5, Tingkat Satu, Blok C, Kompleks Abdul Razak, Gadong, anjuran Borneo Kopitiam dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 1 petang hingga 4 petang.

    Seterusnya, pada 3 dan 5 November, kempen akan dijalankan di Dewan Kemasyarakatan Pandan, Daerah Belait anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sempena Festival Hari Belia Kebangsaan, dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen-kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002, WhatsApp 8775745 dan 7375745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...