Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Empat kumpulan ubat ditarik balik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Kementerian Kesihatan mengesahkan empat kumpulan ubat Paracetamol Suspension (50mg/ml) telah ditarik balik daripada pengedaran.

    Penarikan balik itu adalah selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Perkhidmatan Farmasi setelah pemantauan dalaman terhadap produk tersebut mendapati kualiti produk itu berkemungkinan terjejas.

    Pengesahan itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini, susulan mesej tular dalam media sosial berkenaan dengan ubat Paracetamol Suspension yang dikuarantin.

    Produk yang terlibat iaitu Paracetamol Suspension (50mg/ml) dengan nombor kumpulan, RP1222009 tarikh mansuh 11.12.2023, RP1222010 dengan tarikh mansuh 12.12.2023, RP1222011 dengan tarikh mansuh 12.12.2023 dan RP0123028 dengan tarikh mansuh 30.01.2024.

    Penarikan balik itu hanya membabitkan empat kumpulan yang tersenarai dan tidak melibatkan kumpulan lain yang telah dibekalkan melalui Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan.

    Jabatan Perkhidmatan Farmasi sedang menjalankan penyiasatan lanjut ke atas produk berkenaan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Saintifik dan syarikat pembekal.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai ubat Paracetemol Suspension dengan nombor kumpulan yang disenaraikan adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakannya atau boleh mengembalikannya ke farmasi di hospital-hospital atau pusat-pusat kesihatan yang berdekatan.

    Setakat ini, tidak ada laporan telah diterima mengenai kesan mudarat yang berlaku dalam kalangan pesakit setelah memakan ubat berkenaan.

    Walau bagaimanapun, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor dengan seberapa segera di pusat-pusat kesihatan atau hospital-hospital yang berdekatan jika keadaan pesakit semakin merosot setelah pengambilan ubat berkenaan.

    Gambar yang ditularkan dalam media sosial menunjukkan antara ubat yang ditarik balik oleh Kementerian Kesihatan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...