Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Empat lapangan terbang Jerman batalkan penerbangan

    BERLIN, 12 MAC – Lapangan terbang Berlin, Hamburg, Hanover dan Bremen akan membatalkan penerbangan berlepas esok susulan mogok, lapor media Jerman.

    Kesatuan buruh sektor perkhidmatan Jerman, Verdi telah menyeru kakitangan keselamatan untuk mengadakan mogok, lapor Sputnik memetik akhbar Jerman Welt.

    Syarikat yang menguruskan lapangan terbang itu menjelaskan bahawa hampir 200 penerbangan di Berlin akan dibatalkan sekali gus menjejaskan kira-kira 27,000 penumpang.

    Kesatuan itu menggesa mogok diadakan bagi menuntut kenaikan gaji untuk kerja pada hujung minggu dan malam serta bayaran lebih masa yang lebih baik. Bulan lalu, Verdi mengumumkan mogok 24 jam untuk menuntut kenaikan gaji yang telah menjejaskan lapangan terbang di beberapa bandar Jerman. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...