Empat mangsa tembakan maut

FRESNO, CALIFORNIA, 18 NOV – 10 orang ditembak dan empat orang terbunuh hari ini dalam sebuah pesta di Fresno apabila suspek menyelinap masuk di kawasan belakang rumah yang dipenuhi orang ramai dan melepaskan tembakan, kata polis.

Tembakan berlaku kira-kira jam 6 petang di bahagian tenggara bandar itu, ketika orang ramai berkumpul untuk menonton perlawanan bola sepak, polis Fresno Lt. Bill Dooley berkata. Timbalan ketua Michael Reid memberitahu stesen Fresno Bee dan KSEE/KGPE TV, seramai 10 orang telah ditembak, tiga orang didapati maut di kawasan itu.

Sementara itu, mangsa keempat disahkan meninggal dunia di hospital. Walau bagaimanapun, enam orang mangsa disahkan selamat dan menerima rawatan di hospital, kata polis.

Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai lelaki Asia yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun, kata Reid.

“Apa yang dimaklumkan kepada kami, ini merupakan perhimpunan keluarga dan teman-teman di kawasan belakang rumah,” Dooley berkata.

“Ketika itu, semua orang sedang menonton bola sepak malam semalam apabila beberapa suspek yang tidak dikenali mendekati rumah itu, menyelinap ke belakang dan membuat tembakan terbuka.”

Mangsa dibawa ke pusat perubatan dalam keadaan kritikal, dan sebahagiannya kritikal tetapi masih dalam keadaan stabil, stesen TV melaporkan.

Kira-kira 35 orang yang berada dalam pesta itu apabila tembakan berlaku, Reid menambah. – AP

Polis dan pihak berkuasa melakukan siasatan di kawasan penembakan dalam sebuah pesta di tenggara Fresno, California. – AP