Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Empat maut diserang pengebom nekad

    KARACHI, 26 APRIL – Seorang pengebom nekad wanita dari kumpulan pemisah Pakistan mengorbankan empat orang, termasuk tiga warga China, dalam serangan ke atas bas mini yang membawa kakitangan dari Institut Confucious di Universiti Karachi hari ini.

    Tentera Pembebasan Baloch merupakan salah satu daripada beberapa kumpulan yang berjuang untuk kemerdekaan di wilayah terbesar Pakistan mengaku bertanggungjawab, mengatakan ia adalah serangan nekad pertama oleh seorang penyerang wanita. China kerap menjadi sasaran pemisah dari Balochistan, di mana Bejing terlibat dalam infrastruktur besar sebagai sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Laluan.

    Pemisah telah lama menyimpan kebencian terhadap projek perlombongan dan tenaga yang menguntungkan di rantau ini, dengan mengatakan penduduk tempatan tidak melihat faedah dan dihalau dari tanah mereka.

    “Tentera Pembebasan Baloch bertanggungjawab terhadap serangan pengorbanan nekad hari ini,” jurucakap kumpulan itu, Jeeyand Baloch, berkata dalam satu kenyataan yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris di Telegram.

    Polis Karachi mengesahkan empat orang maut, termasuk pemandu bas mini dan tiga kakitangan dari Institut Confucious, program kebudayaan dan pendidikan yang dikendalikan China di universiti di seluruh dunia.

    Rakaman CCTV yang disiarkan oleh saluran tempatan menunjukkan seorang wanita berdiri berhampiran pintu pagar institut itu, di dalam kawasan Univesiti Karachi, ketika bas mini berhenti.

    Apabila sampai dalam satu meter, dia membelakangi dan meletupkan bom yang diikat pada badannya. – AFP

    Polis memeriksa tapak di sekitar kenderaan yang rosak berikutan pengeboman nekad berhampiran Institut Confucious. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...