Empat maut lombong dibanjiri

CHENGDU, 15 DIS – Anggota menyelamat berjaya mengesan 14 orang pelombong yang terperangkap di dalam lombong arang batu bawah tanah yang dibanjiri di barat daya wilayah Sichuan China, kata pihak berkuasa hari ini.

Anggota menyelamat cuba membersihkan laluan lombong dan menggerudi lubang lebih dalam untuk sampai kepada mangsa yang terperangkap. Mereka juga cuba untuk mengepam serta menyekat air dalam usaha untuk menghalang paras air bawah tanah daripada naik dan menghantar lebih banyak oksigen ke laluan bawah tanah.

Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 3:26 petang Sabtu di lombong arang batu Shanmushu yang dimiliki oleh Sichuan Coal Industry Group di daerah Gongxian apabila 347 pelombong bekerja di bawah tanah. Seramai 329 pelombong sempat melarikan diri dan empat orang maut dalam kejadian tersebut.

Hampir 200 anggota menyelamat mengejar masa untuk sampai kepada pelombong terperangkap.

Disebabkan gangguan komunikasi di sesetengah kawasan perlombongan, pekerja lombong gagal dikesan. Namun mereka berjaya akhirnya menerusi usaha konsisten para menyelamat. – Xinhua

Anggota menyelamat bersiap sedia untuk memasuki lombong dibanjirir untuk menyelamatkan beberapa orang pelombong di barat daya wilayah Sichuan China pada 15 Disember.- Xinhua