Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut selepas bot pelarian terbalik berhampiran Samos

    ATHENS, 28 NOV – Sekurang-kurangnya empat pendatang kehilangan nyawa selepas sebuah bot pelarian terbalik di pulau Samos, Greece, lapor penyiar ERT semalam, memetik pengawal pantai.

    Pengawal pantai Greece berjaya menyelamatkan 16 orang dalam operasi mencari dan menyelamat yang meluas, menurut ERT, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Jerman, dpa.

    Kewarganegaraan individu yang terlibat pada mulanya tidak didedahkan.

    Tiga hari lepas, lapan pendatang termasuk enam kanak-kanak bawah umur, lemas di Samos ketika cuba sampai ke Greece dan memasuki Kesatuan Eropah (EU).

    Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), hampir 56,000 pendatang telah tiba di Greece dari Turkiye menjelang Ahad, berbanding 49,000 ketibaan tahun lepas.

    Kem penerimaan dan pendaftaran di pulau Lesbos, Chios, Samos, Leros dan Kos hampir diduduki sepenuhnya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda