Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut taufan landa Filipina

    MANILA, 13 Feb – Empat orang terbunuh di selatan Filipina awal pagi tadi ketika taufan tropika mencetuskan hujan lebat dan tanah susur, kata pihak polis.

    Ribut Tropika Sanba melanda pantai timur pulau utama Mindanao hari ini dengan ribut kencang selaju 75 kilometer sejam.

    Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh yang melanda kampung-kampung di luar bandar perlombongan Carrascal – 760 kilometer selatan ibu kota Manila – membunuh empat orang, ketua polis perbandaran, James Alendogao memberitahu kepada AFP.

    “Kawasan-kawasan ini tidak dapat diakses dan kita tidak tahu tahap kerosakannya,” katanya.

    Khidmat cuaca negara itu berkata ribut dijangka terus bergerak di barat laut dalam tempoh 24 jam akan datang, membawa hujan lebat sederhana ke tengah Filipina.

    Penduduk menggunakan kanu untuk meninjau kampung mereka selepas banjir berikutan hujan lebat yang dibawa oleh Taufan tropika Sanba di bandar Jaboanga, Agusan del Sur di pulau selatan Mindanao pada 13 Februari 2018. Empat orang terbunuh di selatan Filipina kelmarin ketika badai tropika mencetuskan hujan lebat dan tanah susur. – AFP

    Negara kepulauan itu dilanda oleh 20 badai atau taufan setiap tahun secara purata, sebahagiannya mengakibatkan kematian.

    Sanba merupakan taufan kedua yang berlaku tahun ini dan yang pertama menyebabkan kematian.

    Ribut Tropika Tembin membunuh 240 orang di rantau Mindanao pada Disember tahun lepas.

    Rekod yang paling dahsyat di negara ini ialah Taufan Super Haiyan, yang menyebabkan lebih daripada 7,350 maut atau hilang di seluruh tengah Filipina pada bulan November 2013. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda