Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat nelayan Vietnam cedera ditembak tentera laut Indonesia

    HANOI, 24 Julai – Empat nelayan Vietnam cedera setelah ditembak oleh tentera laut Indonesia pada hujung minggu lalu, kata pihak berkuasa hari ini, dalam pertempuran terbaru yang meletus berhubung penangkapan ikan di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

    Kapal nelayan Vietnam, yang membawa enam kelasi di dalamnya, telah ditembak pada lewat Sabtu, menurut laporan online dari agensi bantuan dan bencana wilayah Binh Dinh tengah Vietnam.

    Bot itu telah diiringi balik ke pulau Con Dao Vietnam awal pagi tadi dan lelaki yang cedera telah dikejarkan ke hospital.

    “Dua kelasi yang cedera parah telah dihantar ke pusat perubatan daerah Con Dao dan situasi mereka semakin baik,” tambah laporan.

    Dua yang lain mengalami cedera ringan.

    Kapal Indonesia dan Vietnam sebelumnya pernah bertempur di Laut China Selatan yang menggandakan saingan tuntutan negara-negara Asia Tenggara serta China dan Taiwan ke atas pulau berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda