Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat pasukan mara ke peringkat akhir

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Empat pasukan telah memastikan saingan masing-masing diteruskan dalam Kejohanan Bola Keranjang Piala You C1000 bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 tahun, yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat.

    Empat pasukan berkenaan telah melalui perlawanan suku akhir tempoh hari dan akan mula bersaing bagi menentukan kemaraan ke peringkat akhir bermula besok antara Pasukan YTE menentang Pasukan Easyway, manakala Pasukan Teo & Son akan berentap menentang Persatuan Fu Zhou Shiyyi, Sabtu ini.

    Pada perlawanan suku akhir, Pasukan YTE telah berjaya menumpaskan Pasukan Ceramic Pro setelah menguasai gelanggang pada suku pertama dengan jaringan 33-10 dan 22-14 pada babak kedua, manakala pada babak ketiga dan keempat, masing-masing mencatatkan 32-20 dan 20-17, menjadikan kedudukan berpihak kepada Pasukan YTE dengan kutipan 107-61.

    Pada perlawanan suku akhir ketiga, Pasukan Easyway berjaya menewaskan Pasukan Tutong Basketball dengan kutipan mata 11–17 pada babak pertama, 15–33 pada babak kedua, 24–35 pada babak ketiga dan 11–21 pada babak terakhir, menjadikan jumlah 61–106 menyebelahi Pasukan Easyway. Pasukan Cleanwash Laundry pula terpaksa menggigit jari apabila tewas di tangan Pasukan Persatuan Fu Zhou Shiyyi dengan kutipan mata 76–106 dan Pasukan Persatuan Fu Zhou Shiyyi meneruskan kemaraan mereka setelah menamatkan perlawanan dengan pecahan mata 19–31, 6 -22, 20–31 dan 31–22.

    Pasukan YTE dan Pasukan Ceramic Pro bergambar ramai pada perlawanan suku akhir Kejohanan Bola Keranjang Piala You C1000 di Gelanggang Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda