Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Empat pelancong maut bas bertembung dengan kereta

    ATHENS, 10 SEPT – Empat orang maut selepas sebuah bas pelancong bertembung dengan sebuah kereta berhampiran Kilkis di utara Greece hari ini, menurut kenyataan polis.

    Empat lelaki, tiga orang warga Greece dan seorang warga Rusia, telah berada di dalam kereta.

    Polis sebelum ini berkata tiga orang terbunuh, tetapi yang keempat kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

    Bas itu mempunyai plat nombor Serbia dan 23 daripada lebih 80 orang penumpang dibawa ke hospital dengan kecederaan ringan.

    Kira-kira 20 orang anggota bomba dan enam kenderaan penyelamat telah dikerahkan ke tempat kemalangan.

    Siasatan sedang dijalankan.

    Greece adalah antara negara Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah kemalangan jalan raya tertinggi setiap tahun, dengan 58 kematian bagi setiap juta orang pada 2022, menurut angka Suruhanjaya Eropah.- AFP

    Gambar hiasan.- Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...