LONDON, 22 DIS – Novak Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal dan Frances Tiafoe antara pemenang anugerah utama ATP bagi 2020 kelmarin.
Djokovic merupakan pemain nombor satu pada penghujung tahun ini untuk menyamakan rekod enam kali selepas memenangi empat kejuaraan termasuk kemenangan rekod kelapan Terbuka Australia.
Juara Terbuka AS, Mate Pavis dan Bruno Soares merupakan pemenang berganda nombor satu.
Federer, yang hanya bermain enam perlawanan perseorangan sepanjang tahun ini, merupakan pemain perseorangan pilihan peminat bagi melanjutkan rekod 18 tahun berturut-turut dan Nadal menerima Anugerah Stefan Edberg buat kali ketiga berturut-turut dan kali empat secara keseluruhan selepas menjuarai Roland Garros kali ke-13.
Andrey Rublev dari Rusia merupakan pemain paling meningkat dari pemain nombor 22 kepada pemain nombor lapan selepas menjuarai lima kejohanan, lebih dari orang lain dalam jelajah.
Tiafoe diberikan Anugerah Kemanusiaan Arthur Ashe atas aktiviti sosial. Pemain Amerika Syarikat tersebut melelong memorabilia yang ditandatangani oleh atlet bagi bantuan COVID-19 dan memuat naik video yang menyatukan komuniti tenis berkulit hitam selepas kejadian pembunuhan George Floyd.
Pemain berusia 17 tahun dari Sepanyol, Carlos Alcaraz dinobatkan sebagai pemain baharu tahunan selepas memenangi tiga Cabaran.
Vasek Pospisil adalah pemain tahunan yang telah kembali selepas menjalani pembedahan pada 2019. Pemain Kanada itu mara ke final sebanyak dua kali dan meningkat ke tangga ke-61 selepas jatuh ke tangga 150 pada 2019. – AP






























