Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Empat pertubuhan amal terima sumbangan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Progresif

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Hasil daripada tayangan khas dokumentari Prince Azim: Son of the Arts yang ditayangkan di seluruh negara pada Julai dan Ogos tahun lalu telah diserahkan kepada empat badan kebajikan pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Izzah, Jerudong, petang kelmarin.

    Paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah telah
    berkenan berangkat ke majlis tersebut.

    Pada majlis itu, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyampaikan replika cek berjumlah $25,000 kepada Pengerusi Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), Haji Mohd Suffian bin Haji Zainal.

    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menyerahkan replika cek berjumlah $25,000 kepada Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan),  Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

    Sementara itu, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menyampaikan replika cek berjumlah $25,000 kepada Presiden SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyampaikan replika cek untuk Pusat Ehsan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menyampaikan replika cek untuk YASKA.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menyampaikan replika cek berjumlah $25,000 kepada SMARTER Brunei.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan menye-rahkan replika cek bernilai $25,000 kepada Persatuan KACA.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah pula berkenan menyerahkan replika cek bernilai $25,000 kepada Pengerusi Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA), Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

    Juga hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar dan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

    Terdahulu sebelum itu, replika cek tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd (Progresif), Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar bagi penyerahan kepada empat badan amal berkenaan.

    Keempat-empat badan amal tersebut merupakan badan-badan amal yang turut didukung Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Pengumpulan dana itu diperolehi hasil daripada kutipan tayangan dokumentari yang diadakan di Empire Cinema pada 29 Julai 2021; Times Cineplex di Daerah Tutong dan juga di Daerah Belait pada 31 Julai dan 1 Ogos 2021.

    Di samping itu, tayangan turut diadakan di Pusat Seni, Sekolah Antara-bangsa Jerudong (JIS) pada 7 dan 8 Ogos 2021.

    Tayangan perdana dokumentari khas itu disokong oleh Progresif sebagai rakan kongsi pemasaran dan pengendali acara rasmi yang dilantik.

    Times Cineplex dan Pusat Seni, JIS pula merupakan rakan tempat acara, manakala D’Sunlit Sdn Bhd dan Aewon Brunei selaku penaja barangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...