Empat remaja lelaki didakwa

TAWAU, 25 JUN – Empat remaja lelaki warga asing hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau di sini, terhadap pertuduhan membunuh seorang peniaga warung makanan, awal bulan ini.

Tertuduh tiga remaja warga Filipina berusia 13, 14, dan 19 tahun dan seorang remaja warga Indonesia berusia 14 tahun, dituduh membunuh warga tempatan, Jaafar Jalman, 49, di Taman Permainan, Jalan Persisiran di sini antara 1 dan 2 pagi pada 9 Jun lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan. – Bernama