Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Empat remaja maut ditembak

    NEWBERRY, 23 MEI – Empat remaja ditembak mati dalam selang masa beberapa jam di sebuah bandar kecil di Carolina Selatan pada hujung minggu lalu, sekali gus mendorong kawasan sekolah tinggi beralih kepada pembelajaran dalam talian sementara pegawai mempertingkat rondaan di kawasan itu.

    Tidak ada penangkapan yang telah dibuat dalam kejadian tembakan awal semalam di Newberry yang membunuh seorang remaja berusia 16 tahun dan dalam kematian tiga remaja dalam insiden tembakan kedua pada petang itu, kira-kira dua blok dari kawasan tersebut di bandar yang mempunyai 10,200 penduduk, kata Ketua Polis Newberry Kevin Goodman.

    ”Kesemua mangsa saling mengenali. Saya difahamkan mereka berada dalam kumpulan yang sama,” kata Goodman.

    Mangsa dalam kejadian tembakan kedua berusia di antara 15 hingga 19 tahun, kata Koroner Newberry County Laura Kneece. Beliau belum mendedahkan nama mangsa dan berkata pihak berkuasa merancang melakukan bedah siasat. Salah seorang yang disoal dalam kejadian tembakan pertama terbunuh dalam insiden tembakan kedua. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...