Sunday, November 10, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat sekeluarga maut dalam tanah runtuh

    JAKARTA, 7 JUN – Empat sekeluarga maut dalam kejadian tanah runtuh di Daerah Ende, Nusa Tenggara Timur, berikutan hujan lebat yang berterusan pagi ini.

    Tanah runtuh itu melanda Kampung Rewarangga di daerah itu pada pukul 6 pagi waktu tempatan, hampir merobohkan sebuah rumah dan menyebabkan kerosakan kecil pada dua rumah lain.

    “Agensi Pengurusan Bencana Daerah masih memantau kawasan yang terjejas oleh tanah runtuh,” kata Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

    Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik telah mengeluarkan amaran, menunjukkan bahawa hujan lebat dijangka berterusan sepanjang hari di Ende. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda