Empat tahun menyepi, T-ara akhirnya buat comeback November ini!

Kumpulan Kpop popular, T-ara bakal membuat kemunculan semula atau comeback November depan.

Menurut laporan AllKpop, kumpulan ini sedang mempersiapkan album terbaharu mereka untuk peminat.

Pada 15 Oktober lalu, T-ara memberi bayangan akan muncul dengan buah tangan terbaharu itu apabila memuat naik poster di laman sosial mereka.

Menerusi Instagram rasmi, keempat-empat ahli kumpulan ber-kongsi poster sama dengan tulisan ‘Coming Soon’.

Perkongsian mereka itu disambut baik peminat seluruh negara yang sudah lama menantikan kemunculan mereka selepas empat tahun menyepi.

T-ara bakal muncul dengan empat ahli aktif iaitu Ji-yeon, Hyo-min, Eun-jung dan Qrie. Ini merupakan kemunculan pertama mereka selepas album mini berjudul What’s My Name? yang dilancarkan pada Jun 2017.

Sebelum ini anggota T-ara ada memberitahu mereka tidak sabar dan teruja untuk mempercepatkan pelancaran album terbaharu ini. – Agensi

Kumpulan Kpop popular, T-ara bakal membuat kemunculan semula atau comeback November depan. – Agensi.