Empat tentera terbunuh di timur Ukraine

KIEV, 22 JUN – Pejuang pemisah yang disokong oleh Rusia menuduh tentera Ukraine membunuh empat orang tentera dan mencederakan lima lagi dalam serangan di bahagian timur negara itu yang dibelenggu peperangan.

Angka korban yang baharu dilaporkan selepas pemimpin Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Joe Biden dari Amerika Syarikat mengadakan perjumpaan sidang kemuncak kali pertama di Geneva minggu lalu.

Konflik yang berlaku sejak bertahun-tahun di timur Ukraine – termasuk ketegangan memuncak sejak awal 2021 – ada diselitkan dalam agenda perjumpaan, tetapi tiada persetujuan telah diumumkan.

Pegawai Republik Rakyat Donetsk yang dilantik sendiri kelmarin berkata bahawa tiga daripada tenteranya terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan mortar di perkampungan Lozove berhampiran Donetsk. – AFP