Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Empat terbunuh dalam serangan di Pakistan

    PESHAWAR, PAKISTAN, 7 OGOS – Lelaki bersenjata menembak mati empat orang termasuk dua anggota polis di barat laut Pakistan dalam serangan yang menyasarkan penggubal undang-undang wilayah daripada parti politik bekas perdana menteri, Imran Khan, menurut kenyataan polis.

    Penggubal undang-undang, Malik Liaqat Khan – tiada hubungan kekeluargaan dengan Imran Khan – dari parti Tehreek-e-Insaf (PTI), tercedera dalam serangan lewat kelmarin bersama-sama tiga lainnya dan dimasukkan ke hospital di ibu kota wilayah Peshawar, tambah kenyataan. Tiada kumpulan mengakui bertanggungjawab atas serangan tersebut.

    Serangan berlaku di kawasan Maidan di daerah Lower Dir, yang ditadbir oleh parti pimpinan Khan.

    Pegawai polis, Zar Badshah berkata antara yang terbunuh termasuk anak saudara dan abang kepada penggubal undang-undang PTI, yang dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis pengebumian lewat kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...