Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Empat universiti hos ISW 2021 secara maya

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Universiti Teknologi Brunei (UTB) melalui Pejabat Komunikasi Korporat bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menghoskan Minggu Kakitangan Antarabangsa (ISW) 2021 di bawah Rangkaian Universiti Teknologi Asia (ATU-Net), baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UTB, acara yang diadakan melalui platform dalam talian dari 2 hingga 5 Ogos lalu itu merupakan program tahunan ATU-Net ISW yang disesuaikan untuk anggota pejabat antarabangsa yang berfungsi sebagai program peningkatan keupayaan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan kerjasama antara universiti di seluruh dunia.

Acara yang bertema Redesigning and Managing Higher Educational Institution Internationalisation in an Era or Uncertainties: Collaborating for Global Solutions itu dibahagikan kepada empat sub-tema serta diisikan dengan sesi ucaptama, bengkel dan penyampaian tajuk mengikut tema masing-masing.

Sub-tema 1 ialah ‘Pengurusan Institusi, Pengantarabangsaan dan Peringkat’ yang dihoskan oleh UTM dan untuk Sub-tema 2 pula menumpukan kepada perbincangan ‘Membentuk dan Mempertahankan Perkongsian’ yang dihoskan oleh ITS sementara itu, UMT menjadi hos bagi Sub-tema 3 yang menyentuh mengenai ‘Mobiliti Kakitangan dan Pelajar’. UTB pula menghoskan Sub-tema 4 yang memfokuskan kepada ‘Penglihatan dan Keterlibatan’ pada hari keempat.

Antara yang menyertai acara berkenaan secara maya. – Gambar serahan UTB

Naib Canselor UTB, Profe-sor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkongsi mengenai bagaimana UTB telah mengatasi dan beralih ke arah yang baharu di tengah pandemik COVID-19 dan ini terutamanya mengenai bagaimana universiti menguruskan agenda antarabangsa pada era ketidaktentuan ini.

Beliau turut menekankan mengenai kerjasama universiti-industri yang sering memberi manfaat kepada universiti dan industri seterusnya memberi kesan kepada pembangunan ekonomi.

“Universiti adalah landasan untuk mencipta produk inovatif tapi tetap berhadapan dengan cabaran dalam pengkomersialan produk tersebut,” jelasnya.

Beliau turut mengatakan bahawa industri mungkin tidak mempunyai masa untuk membuat penyelidikan, ke arah itu universiti dan industri mengambil langkah dengan menggabungkan kemahiran teknikal, pengetahuan dan sumber untuk berinovasi dan mencipta aset IP yang boleh dikomersialkan.

“UTB menyedari faedah bersama untuk bekerjasama dengan industri dan telah meletakkan objektif strategik untuk kerjasama industri dalam Pelan Strategik 2019-2023,” katanya.

Pada acara itu, ucaptama disampaikan Pengarah Pejabat Perhubungan UTB, Jennifer Voon Nyuk Hiong yang berkongsi mengenai kesan kerjasama industri kepada universiti serta amalan terbaik.

Manakala itu, bengkel dikendalikan oleh Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UTB, Hajah Siti Asmahlati Bolkini binti Haji A. Ahmad yang antara lain mengetengahkan mengenai strategi dan cabaran universiti dalam International Visibility and Global Engagements in Higher Education.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi, Putin puji era baharu hubungan

MOSCOW, 22 MAC - Pemimpin China dan Rusia memuji era baharu dalam hubungan mereka hari ini, mempamerkan perpaduan di Moscow ketika Vladimir Putin menuduh...
- Advertisment -