Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    EmployAbility peluang bangun kemahiran pekerja tempatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Program EmployAbility yang dilaksanakan oleh Brunei LNG Sdn Bhd sebagai pelaburan sosial induk Brunei LNG, memberikan peluang untuk membangunkan dan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja tempatan dengan menaja latihan supaya mereka memperoleh kemahiran baharu bermanfaat bagi pekerjaan mereka.

    Dalam hubungan itu, para pelatih dalam perkhidmatan yang terpilih untuk menyertai program itu, diberikan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu atau upskilling di mana mereka yang terpilih merupakan pekerja tempatan yang mempunyai kemahiran yang telah luput dan melalui program itu, mereka diberikan latihan serta bimbingan untuk mendapatkan kemahiran baharu.

    Perkara itu dinyatakan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Tempatan, Adinin Works and Engineering, Haji Jamaludin bin Haji Mohd Yassin dalam temu bual ringkas bersama Media Permata mengenai program EmployAbility semasa Majlis Penandatanganan bagi Pengambilan ke-2 Program Perantisan Brunei EmployAbility yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.

    Menerusi program itu, ia akan membina tenaga kerja tempatan mampan yang menyumbang kepada pengurangan pengangguran negara dengan meningkatkan kemahiran dan memberikan kemahiran baharu kepada pencari-pencari kerja yang ada menerusi latihan serta bimbingan.

    Salah seorang pelatih dalam perkhidmatan bagi pengambilan ke-2 program, Dayang Norain binti Haji Othman dari Tendrill International, menyatakan perasaan syukur dan amat menghargai peluang yang diberikan untuk menyertai program berkenaan.

    Haji Jamaludin berkata pelatih-pelatih yang terpilih untuk menyer-tai Program EmployAbility diberi peluang untuk mempelajari kemahiran baharu atau upskilling, untuk dimanfaatkan dalam tugas mereka.
    Awang Muhammad Saiffuddin yakin kemahiran baharu yang dipelajari dalam program latihan itu, adalah amat berharga untuk membantu menjamin pekerjaan masa hadapan baginya.
    Dayang Norain amat bersyukur terpilih untuk menyertai Program EmployAbility yang memberikan peluang kepadanya untuk menda-patkan kemahiran berbeza daripa-da sebelumnya.

    Melalui latihan dikendalikan, beliau sebagai seorang marker fitter meraih kemahiran berbeza daripada sebelumnya, berbanding bahagian mekanikal dan ia memberi peluang kepadanya untuk mengasah kemahiran baharu.

    Dayang Norain turut memberi nasihat kepada mereka yang terpilih menyertai program tersebut supaya memberikan tumpuan dan berusaha dengan gigih kerana ia merupakan satu peluang yang amat bermanfaat kepada mereka bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tugas baharu.

    Manakala itu, Awang Muhammad Saiffuddin bin Soffery yang bertugas sebagai marker fitter di Adinin Works and Engineering, berkata beliau amat menghargai dan bersyukur kerana terpilih untuk menyertai program tersebut.

    Beliau berkata melalui latihan dan bimbingan yang diberikan semasa menyertai program itu, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu diperolehnya di mana ia amat berguna dalam tugasnya.

    Kemahiran baharu yang dipelajarinya itu, jelas Awang Muhammad Saiffuddin lagi, amat berharga baginya dan sungguh bermanfaat dalam tugasnya sebagai seorang marker fitter serta membantu menjamin pekerjaan pada masa hadapan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...