Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Emporium mewah di nadi pusat Bandar Venice

    VENICE – Fondaco dei Tedeschi, salah sebuah bangunan Zaman Pembaharuan Renaissance yang hebat dan agung di Venice,di hadapan Grand Canal dan beberapa langkah dari Jambatan Rialto, telah dibukakan kepada orang awam sekali lagi baru-baru ini.

    Dalam tempoh tujuh tahun lalu, bangunan itu, pernah menjadi pusat perniagaan untuk saudagar Jerman, telah menjalani kerja-kerja pemulihan bernilai berjuta-juta dolar oleh OMA, firma seni bina Ren Koolhaas, dengan bahagian dalam oleh arkitek yang berpangkalan di London, Jamie Fobert. Hasilnya telah memelihara sedikit elemen sejarah bangunan, termasuk pengubahsuaian di bawah Napoleon, apabila ia menjadi sebuah rumah kastam dan perubahan yang lebih radikal di bawah Mussolini yang mengubahnya menjadi pejabat pos utama Venice. Perhiasannya didorong oleh inspirasi daripada renda Venice, lantai terazo, tapestri dan seni bina utama bandar.

    Maka apakah yang akan terjadi kepada bangunan itu sekarang? Sebuah muzium? Sebuah pusat penyelidikan? Sebuah galeri seni moden? Tidak ada satu pun yang dinyatakan di atas, walaupun ia dijangka menjadi satu destinasi pelancong utama. Fondaco sedang dinamakan semula menjadi T Fondaco dei Tedeschi dan diubah kepada sebuah emporium mewah seluas 72,355 kaki persegi untuk Kumpulan DFS yang berpangkalan di Hong Kong. Ya, peruncit bebas cukai.

    Gedung membeli-belah gaya hidup, sebagaimana yang diiklankan, akan menawarkan campuran jenama Itali dan antarabangsa, termasuk Fendi, Valentino, Jimmy Choo, Burberry, Tiffany dan Bulgari, seperti yang dilakukan oleh DFS di kedainya di lapangan terbang. Namun persamaan di antara operasi ini dan apa yang dilihat oleh pelancong di J.F.K. atau Antarabangsa Abu Dhabi akan berakhir di sana.

    Fondaco adalah contoh terbaru tentang perkembangan yang tidak menonjol untuk syarikat, ditubuhkan sebagai Pembeli-Belah Bebas Cukai pada tahun 1960 oleh Robert Miller (bapa adik-beradik Miller) dan Charles Feeney serta LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton telah menjadi pemegang saham majoritinya sejak tahun 1996. Bersama Gedung Membeli-Belah Paris Le Bon Marche Rive Gauche dan rangkaian peruncit kosmetik Sephora, ia membentuk sebahagian daripada kumpulan divisyen Selective Retailing.

    Fondaco adalah contoh terbaru tentang perkembangan yang tidak menonjol untuk sebuah syarikat di mana ia ditubuhkan sebagai Pembeli-Belah Bebas Cukai pada tahun 1960.
    Fondaco adalah contoh terbaru tentang perkembangan yang tidak menonjol untuk sebuah syarikat di mana ia ditubuhkan sebagai Pembeli-Belah Bebas Cukai pada tahun 1960.
    Pemulihan Fondaco, telah wujud sejak abad ke-13 tetapi dibina sepenuhnya di antara 1505 dan 1508 selepas satu kebakaran, menjadi kerjasama yang di selaras dengan teliti di antara arkitek dan pegawai kebudayaan Itali.
    Pemulihan Fondaco, telah wujud sejak abad ke-13 tetapi dibina sepenuhnya di antara 1505 dan 1508 selepas satu kebakaran, menjadi kerjasama yang di selaras dengan teliti di antara arkitek dan pegawai kebudayaan Itali.

    Fondaco akan menjadi kompleks runcit ke-17 yang telah dibuka oleh DFS di pusat bandar dan lokasi peranginan di bawah nama T Galleria. Sementara kota kara lain di bandar kebanyakannya terletak di Asia dan pulau Pasifik – terdapat tiga T Galleria iaitu di Australia, New Zealand dan satu di Hawaii, Findaco akan menjadi lokasi pertama DFS di Eropah. Jika ia berjaya, ia mungkin menandakan satu usaha sama baru di dunia gedung membeli-belah yang lembap di dunia Barat. Namun memandangkan DFS mungkin paling terkenal sebagai kedai lapangan terbang persinggahan segera, walaupun paling glamor dalam kumpulan yang kebanyakannya tidak menarik, kejayaannya adalah tidak terjamin.

    “London mempunyai Harrods, New York mempunyai Saks dan Venice akan mempunyai Fondaco. Apa yang kami lakukan tidak pernah dilakukan sebelum ini, menjadikan bangunan yang begitu penting dan bersejarah dan mengubahnya kepada pusat komersial,” kata Philippe Schaus, Pengerusi dan Ketua Eksekutif DFS.

    Nama T. Fondaco dei Tedeschi bertujuan mengambil kesempatan daripada sifat tersendiri tanda tempat Venice. Emporium itu juga akan menawarkan produk tempatan mewah, seperti barang-barang kaca Murano dan mempunyai sebuah restoran yang dikendalikan oleh chef Venice berbintang Michelin Massimiliano Alajmo dan direka oleh Philippe Starck. Venice sendiri akan dipamerkan daripada teres bangunan yang mempunyai pemandangan panoramik.

    “Perjalanan secara runcit adalah amat standard, namun trend sekarang adalah menjadikan kedai kurang standard, menjadikan mereka lebih setempat,” kata Stefania Saviolo, Pengarah Pusat Pengetahuan Mewah & Fesyen di SDA Bocconi, sebuah sekolah perniagaan Milan yang menyediakan pelatih pengurusan untuk DFS.

    Venice, bandar ikonik

    Venice dipilih sebagai tapak sulung, “Disebabkan ia merupakan sebuah bandar ikonik dan disebabkan ia kekurangan pengedaran produk mewah yang teratur, satu kekosongan yang ingin diisi oleh Fondaco,” kata Schaus kepada media. Walaupun DFS berharap dapat menarik para pembeli Itali, jumlah penduduk Venice yang semakin menyusut – 55,000 di pusat bersejarah pada pengiraan terakhir – tidak menawarkan pangkalan pengguna yang memberangsangkan, maka kedai perlu menarik berjuta-juta pelancong yang melawat bandar tersebut.

    Emporium itu juga akan menawarkan pelbagai produk tempatan yang mewah dan terkenal di negara itu.
    Emporium itu juga akan menawarkan pelbagai produk tempatan yang mewah dan terkenal di negara itu.

    Bagaimanapun, ia datang bersama set cabarannya sendiri, terutamanya keperluan untuk memastikan pelanggan kaya mempunyai pengalaman glamor dan mewah di satu destinasi yang dipenuhi oleh kapal persiaran.

    Kumpulan itu sedang menimbang Paris dan bandar lain di Eropah, kata Schaus, tetapi apabila Fondaco – yang dibeli oleh keluarga Benetton pada 2008 menerusi syarikat pegangannya, Edizione – ditawarkan untuk disewa, mereka melihatnya sebagai satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

    Pemulihan Fondaco, yang wujud sejak abad ke-13 tetapi dibina sepenuhnya di antara 1505 dan 1508 selepas satu kebakaran, menjadi kerjasama yang di selaras dengan amat teliti di antara arkitek dan pegawai kebudayaan Itali.

    Cabaran perundangan oleh kumpulan pemuliharaan tempatan, yang membantah beberapa pengubahsuaian, seperti kemasukan eskalator dengan perincian merah, serta pemilihan ruang sebagai ruang komersial, dibuang di mahkamah.

    Kesannya, sesiapa yang menghampiri ruang empat tingkat menerusi pintu masuk marmar yang tersergam indah, di samping arca singa bersayap St Mark (lambang Venice) dan menuju ke perkarangan tengah yang besar, mungkin tidak akan memikirkan untuk membeli-belah di lapangan terbang. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda