Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam ahli BDARA hadiri persidangan di Indonesia

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Seramai enam orang ahli Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) telah dihantar bagi mewakili Negara Brunei Darussalam ke Persidangan Jaringan Radio Amatur Asia Tenggara (SEANET) ke-46 di Indonesia, baru-baru ini.

    Rombongan berkenaan diketuai oleh Timbalan Yang Di-Pertua BDARA, Mejar (B) Haji Tamat bin Haji Lampoh.

    Persidangan berkenaan dikendalikan oleh Organisasi Radio Amatur Republik Indonesia (ORARI) diadakan selama empat hari bermula 18 hingga 21 Oktober lalu berlangsung di Hotel Royal Ambarrukmo, Jogja, Indonesia.

    Seramai 100 orang peserta dari negara-negara antarabangsa seperti Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Jerman, Thailand, India, China dan Oman telah mengikuti program yang diadakan bersempena persidangan berkenaan termasuk sesi teknikal radio, lawatan ke tempat bersejarah di kawasan Bandar Jogja.

    Antara perkara yang dibincangkan dalam SEANET ke-46 itu menyentuh mengenai kaedah untuk menarik minat golongan belia untuk menceburi hobi amatur radio sebagai pelapis penggemar amatur radio pada masa akan datang.

    Persidangan SEANET yang seterusnya diselenggarakan oleh Radio Amateur Society of Thailand (RAST) pada November tahun depan di Phuket.

    Para peserta SEANET ke-46 bergambar ramai semasa persidangan diadakan di Hotel Royal Ambarrukmo di Jogja, Indonesia, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda