KUALA LUMPUR, 21 MEI – Enam atlet olahraga kebangsaan Malaysia dikenalpasti mempunyai peluang untuk meraih tiket secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.
Enam atlet berkenaan ialah dua jaguh lompat tinggi Malaysia, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa, atlet lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Shamsuddin, pemegang rekod kebangsaan lompat jauh, Andre Anura Anuar, pemegang rekod kebangsaan lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail selain pelari pecut Malaysia, Muhammad Haiqal Hanafi.
Ketua jurulatih olahraga Malaysia, Mohd Manshahar Abd Jalil berkata, kesemua atlet berkenaan masih berpeluang mengintai tiket merit ke Tokyo dalam beberapa kejohanan kelayakan pada awal tahun hadapan memandangkan banyak kejohanan tahun ini terpaksa ditangguh atau dibatalkan susulan wabak COVID-19. – Bernama




























