Enam cedera gas rumah meletup

WELLINGTON, NEW ZEALAND, 19 JULAI – Enam orang cedera dan berpuluh rumah dikosongkan di bandar New Zealand Christchurch hari ini selepas satu letupan gas memusnahkan sebuah rumah dan merosakkan beberapa rumah lain.

Letupan terasa jauh dari kawasan perumahan, dengan sesetengah orang bimbang ia mungkin merupakan satu gempa bumi atau bom. Gambar selepas letupan menunjukkan rumah habis musnah dengan api keluar dari rumah.

Beberapa orang yang berada dalam rumah pada masa itu selamat, termasuk seorang yang masih berada di Hospital Christchurch dalam keadaan kritikal. Pihak berkuasa kesihatan berkata empat pesakit lain masih berada dalam keadaan stabil sementara orang keenam telah keluar dari hospital.

Pihak berkuasa mengesahkan ia adalah letupan gas walaupun berkata mereka masih menyiasat puncanya. Saudara-mara berkata penghuni mempunyai masalah dengan api gas mereka.

Jiran Brad Culver, warga AS yang telah menetap di New Zealand selama lapan tahun, memberitahu Televisyen New Zealand beliau sangka pada mulanya sebuah kapal terbang telah terhempas dan berlari keluar dari rumah. – AP