Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Enam cedera letupan bom di masjid

    KABUL, 6 APRIL – Enam orang cedera dalam letupan bom tangan di sebuah masjid di ibu negara Afghanistan hari ini, kata polis, beberapa minit selepas jemaah menunaikan solat zohor di bulan suci, Ramadan.

    Serangan terhadap sasaran awam sebahagian besarnya telah berkurangan sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu, tetapi kumpulan DAESH terus beroperasi di seluruh negara.

    “Kami baru selesai solat dan sedang menuju keluar dari masjid apabila letupan berlaku,” kata jemaah, Mohammed Yasin kepada AFP.

    Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran, memberitahu AFP sebutir bom tangan dilemparkan ke dalam masjid Pul-e-Khisti dan seorang suspek ditangkap di tempat kejadian. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...