Tuesday, October 4, 2022
26.2 C
Brunei

Enam didakwa rompak permata muzium Jerman

-

BERLIN, 28 JAN – Enam anggota kumpulan penjenayah terkenal dibicarakan di Jerman hari ini atas tuduhan merompak, yang mana permata abad ke-18 telah dilarikan dari muzium negara di Dresden.

Suspek berusia 22 hingga 28 tahun, dituduh melakukan rompakan berkumpulan dan membakar selepas serbuan waktu malam di muzium Green Vault di Istana Diraja Dresden pada 25 November 2019.

Sehingga hari ini, permata tersebut masih belum kesan, termasuk pedang dengan hulu bertatahkan berlian dan sehelai pakaian yang mengandungi berlian putih Dresden 49 karat yang terkenal.

Semasa mendakwa lelaki itu tahun lalu, pendakwa raya menyifatkan barangan milik muzium itu sebagai “sangat penting dari segi sejarah, seni dan budaya.”

Perompak itu mengambil masa lapan minit, memotong kuasa dan memecah masuk melalui tingkap yang diusik sebelum ini.

Dua lelaki bersenjatakan kapak kemudian menyerbu masuk ke bilik pameran dan mencuri permata sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta, kemudian membakar di tempat letak kereta bawah tanah.

Pencuri merampas 21 barang kemas dan barang berharga lain daripada koleksi penguasa Saxon August the Strong, bertatahkan lebih 4,300 berlian individu. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -