Enam doktor ‘langgar etika’ digantung kerja

DHAKA, 12 APRIL – Enam doktor di Bangladesh digantung tugas kerana didakwa enggan merawat pesakit COVID-19 dan tidak hadir bertugas tanpa sebarang notis awal, lapor agensi berita Anadolu.

Direktorat Perkhidmatan Kesihatan berkata pada Sabtu doktor dari Kuwait-Bangladesh Friendship Hospital itu digantung tugas mengikut Peraturan Perkhidmatan Kerajaan dan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap mereka. – Bernama