Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Enam kanak-kanak istimewa menang Peraduan Mari Bercerita

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Enam orang kanak-kanak istimewa di Pusat Kanak-kanak Cacat (KACA) Bandar Seri Begawan dan 16 orang penjaga telah menerima hadiah bagi Peraduan Mari Bercerita 2021 dan Peraduan Memasak dan Kraf tangan 2021 pada majlis yang berlangsung di pusat berkenaan di Kampung Kiulap, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Presiden Pusat KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin. Peraduan bercerita berkenaan yang disertai lapan orang peserta bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak menjana idea spontan dan meyakinkan diri dalam bertutur serta dapat mencungkil bakat mereka masing-masing.

    Manakala itu, peraduan memasak dan kraf tangan pula telah disertai oleh seramai 25 orang penjaga dan hanya 16 orang sahaja menerima hadiah.

    Kanak-kanak istimewa bergambar bersama hadiah Peraduan Mari Bercerita 2021 pada majlis yang berlangsung di Pusat KACA.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -