Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Enam keluarga terima bantuan JAPEM

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Enam orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran rumah dan angin kencang telah menerima bantuan kewangan kerajaan melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

    Majlis penyerahan bantuan telah berlangsung di Dewan Citra Budaya, bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini di mana penyampaian sumbangan disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Penerima bantuan ialah dua orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, tiga ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran dan seorang ketua keluarga terlibat dalam kejadian angin kencang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JAPEM, sebuah rumah di Kampung Baong Putat dan sebuah rumah di Kampung Mengkubau, Daerah Brunei dan Muara yang dimiliki oleh Haji Alihan bin Haji Lamit dan Hajah Rosanani binti Haji Masri telah dimasuki air yang melebihi paras satu kaki pada 8 Oktober lalu. Kesemua penghuni dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Sementara itu, rumah milik Dayang Napisah binti Katam di Kampung Parit Baru, Daerah Temburong telah mengalami kerosakan akibat kejadian kebakaran yang berlaku pada 11 Oktober, kira-kira pukul 5 petang. Rumah Dayang Timbang @ Siti Nurul ‘Asyiqin binti Haji Timbul di Kampung Maraburong Kupang pula ranap sepenuhnya dalam kejadian kebakaran pada 31 Oktober 2022.

    Manakala itu, rumah Awang Iradat bin Haji Gapor di Jalan Petani, Kampung Sengkarai hanya mengalami kerosakan dalam kejadian yang berlaku pada 2 November 2022.

    Keluarga Awang Ismail bin Hussain di Kampung Telisai, Tutong pula menjadi mangsa kejadian atap terbang akibat angin kencang pada 31 Oktober lalu. Semua penghuni rumah dalam keadaan selamat dan tidak berlaku sebarang kecederaan.

    Bantuan kewangan yang dihulurkan adalah untuk meringankan kesusahan yang dialami mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga. Usaha berkenaan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama penerima bantuan.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bersama antara yang hadir semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...