Enam kes masih dirawat, tidak ada kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Negara Brunei Darussalam, hari ini, mencatatkan sifar jangkitan baru COVID-19 dan jumlah keseluruhan kes di Negara Brunei Darussalam kekal 138 orang. Pada masa yang sama, satu kes sembuh daripada COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh seramai 131 orang dan jumlah kes aktif yang masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan pada ketika ini, ialah enam kes di mana dua daripadanya masih dalam keadaan kritikal dan kedua-duanya memerlukan bantuan mesin tambahan heart/lung machine (ECMO) di samping bantuan mesin pernafasan serta selebihnya adalah dalam keadaan yang baik.

 (Klik di sini untuk cerita lanjut)