Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Dalam tempoh 24 jam yang lalu, enam kes COVID-19 yang telah disahkan di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia.
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, “Dua kes telah dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19, dua kes tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan oleh COVID-19 manakala punca kematian bagi dua lagi kes masih dalam siasatan.”
Di kesempatan itu, beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-kelurga mendiang dan Allahyarham.
“Semoga keluarga mendiang diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi pemergiannya dan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan
bersama- sama para salehin. Al-Fatihah.”