Enam maut dihempap tembok runtuh

KAMPALA, 24 JUN – Enam kanak-kanak yang tidur dalam parit bersebelahan sebuah sekolah elit di ibu negara Uganda terbunuh selepas tembok runtuh menghempap mereka, kata polis.

“Disebabkan hujan lebat, sebahagian daripada tembok sekolah roboh, menghempap kanak-kanak berkenaan dan membunuh enam di antara mereka di tempat kejadian, manakala dua orang mengalami kecederaan,” beritahu jurucakap penolong polis Kampala Luke Owoyesigire kepada AFP.

Pasukan penyelamat polis berada di tempat kejadian untuk mencari siapa-siapa yang tertimbus dalam runtuhan.”

Jurucakap berkata polis berusaha mendapatkan identiti kanak-kanak dan mengesan keluarga mereka, menambah mereka telah tidur dalam parit untuk seketika.

Menurut Owoyesigire, ia adalah kejadian kedua seumpama itu terbaharu ini, selepas lima ahli keluarga terbunuh pada bulan lalu ketika mereka tidur dalam rumah lumpur apabila dinding roboh ke atas mereka. – AFP