Enam maut ditimbus bangunan runtuh

KAMPALA, 6 SEPT – Anggota menyelamat di Kampala membatalkan usaha mencari mangsa yang selamat hari ini selepas enam orang terbunuh dalam kejadian bangunan runtuh semasa hujan lebat dan ribut petir, kata polis, susulan usaha kecemasan yang melihat lapan orang, termasuk dua kanak-kanak dikeluarkan daripada timbunan runtuhan.

Gambar tersebar dalam media sosial menunjukkan pekerja projek pembinaan itu bersama orang ramai bertungkus-lumus menggali sisa runtuhan dengan menggunakan tangan, manakala anggota bomba menggunakan jentera dalam usaha menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan itu.

Enam mayat dikeluarkan daripada runtuhan bangunan empat tingkat yang sedang dalam pembinaan, sementara dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan sembilan tahun berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital di Kampala untuk rawatan lanjut.

Bangunan itu terletak bersebelahan Terminal Bas Kisenyi, iaitu hab transit utama yang sibuk di ibu kota Uganda.

Nakasiita berkata penunggang teksi motosikal dan orang lain dikhuatiri berkemungkinan berteduh daripada hujan di bangunan itu dan terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dibatalkan,” katanya. – AFP

Anggota Palang Merah membawa beg mayat dipercayai salah seorang pekerja pembinaan selepas sebuah bangunan sedang dalam pembinaan runtuh di Kampala, Uganda pada 5 September. – AFP