Enam maut hospital psikiatrik terbakar

KIEV, 11 JUN – Enam orang terbunuh apabila kebakaran melanda sebuah hospital psikiatrik di bandar  Ukraine Odessa, kata pihak berkuasa hari ini.

Kebakaran meletus lewat petang semalam dalam bangunan satu tingkat, kata Perkhidmatan Kecemasan Ukraine dalam satu kenyataan. Punca masih tidak diketahui.

“Enam orang terbunuh dan empat telah dimasukkan ke hospital,” menurut kenyataan. Sembilan orang lain tidak mengalami kecederaan.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata beliau kesal dengan ‘tragedi dahsyat’ itu dan mengarahkan Perdana Menteri Volodymyr Groysman menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat.

“Sebab kebakaran akan disiasat. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” kata beliau di Twitter. – AFP