Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut ketika memadam kebakaran di tengah Chile

    SANTIAGO, 26 Jan – Enam orang, antara mereka empat anggota bomba dan dua anggota polis, kini terbunuh dalam usaha memadamkan kebakaran hutan di tengah Chile, menurut para pegawai semalam.

    “Dengan rasmi kini saya boleh menyatakan bahawa ada dua kematian – dua anggota polis Chile yang ditemui di Sungai Maule,” menurut Menteri Dalam Negeri Mario Fernandez, yang menjadikan jumlah angka kematian kepada enam orang.

    Dan minggu lalu tiga orang lagi anggota bomba terbunuh dan tiga orang lagi tercedera, menurut pihak berkuasa sebelumnya. Kebakaran telah meranapkan kawasan seluas 238,000 hektar dan semakin merebak, menurut kenyataan Perbadanan Perhutanan Kebangsaan.

    Penduduk setempat yang risau telah menyertai usaha untuk menangani kebakaran untuk menyelamatkan rumah, haiwan dan ladang mereka.

    Anggota bomba Chile bergelut untuk membendung kebakaran hutan di Concepcion, 450 km ke selatan Santiago, kelmarin. Enam orang, antara mereka empat anggota bomba dan dua anggota polis, kini terbunuh dalam usaha memadamkan kebakaran hutan di tengah Chile, menurut para pegawai semalam. – AFP
    Anggota bomba Chile bergelut untuk membendung kebakaran hutan di Concepcion, 450 km ke selatan Santiago, kelmarin. Enam orang, antara mereka empat anggota bomba dan dua anggota polis, kini terbunuh dalam usaha memadamkan kebakaran hutan di tengah Chile, menurut para pegawai semalam. – AFP

    Presiden Michelle Bachelet Selasa lalu mengarahkan dana tambahan untuk menangani apa yang beliau sifatkan kebakaran hutan paling teruk di negara itu.

    Kira-kira 4,000 orang telah dipindahkan, menurut Pejabat Kecemasan Kebangsaan Selasa lalu.

    Kebakaran terutamanya melanda di kawasan luar bandar yang tidak padat dengan penduduk di rantau-rantau tengah, O’Higgins dan El Maule. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda