Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Enam maut pesawat terhempas

    PORT-AU-PRINCE, 21 APRIL – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam nahas kapal terbang komersial di Haiti semalam, menurut polis.

    Pesawat udara itu sedang dalam penerbangan dari ibu negara Port-au-Prince ke selatan bandar Jacmel, beritahu Pierre Samedi, ketua polis di pinggir bandar Carrefour di mana kapal terbang terhempas sejurus selepas berlepas, kepada AFP.

    “Saya ternampak lima mayat dan sekurang-kurangnya tiga mangsa cedera yang tidak berada dalam kapal terbang,” katanya.

    Sebelumnya, beliau berkata juruterbang terselamat, tetapi polis mengesahkan kemudian bahawa juruterbang adalah antara lima yang terbunuh.

    Nahas itu juga membunuh seorang penunggang motosikal dan mencederakan lima orang lain di darat, menurut Judge Moise Jean. Kesemua mangsa cedera dibawa ke hospital.

    Samedi berkata kapal terbang juga terlanggar sebuah trak yang membawa barangan pengguna. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...