Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Enam maut restoran dibom

    MOGADISHU, 10 FEB – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh di ibu negara Somali hari ini dalam pengeboman nekad di sebuah restoran berhampiran tempat pemeriksaan keselamatan menuju ke istana presiden, kata pegawai keselamatan.

    “Kawasan itu dipenuhi orang apabila letupan berlaku dan sesetengah mangsa, kebanyakannya orang awam, cedera parah,” beritahu pegawai keselamatan Abdullahi Muktar kepada AFP.

    Beliau berkata enam orang maut dan 12 cedera.

    “Kejadian masih dalam siasatan untuk mengetahui butir-butir sebenar namun pemerhatian awal menunjukkan seseorang melancarkan letupan tersebut,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...