Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam maut terlibat kemalangan bas

    BANGKOK, 10 April – Enam pekerja migran warga  Myanmar terkorban manakala  17 orang lagi cedera apabila kenderaan dua tingkat yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di wilayah  Tak, berhampiran sempadan  Thailand-Myanmar hari ini.

    Kemalangan awal hari  itu adalah kemalangan maut kedua membabitkan pekerja dari  Myanmar, berikutan tragedi pada bulan lepas di Nakhon Ratchasima, mengorbankan  20 orang apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar selepas berlaku kemalangan.

    Menurut media tempatan di sini hari ini, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya 12 (Tak-Mae Sot) di Ban Mae Ta apabila bas yang dinaiki  52 penumpang sedang menghala ke sebuah kilang di wilayah Chachoengsao di selatan tengah Thailand.

    Pemandu bas yang  terselamat dalam kemalangan itu memberitahu  pegawai kecemasan tempatan,  dia gagal mengenakan brek semasa bas  itu sedang menuruni  kawasan curam di lebuh raya, mengakibatkan kenderaan itu merempuh longkang konkrit lalu terbalik.

    Mangsa yang cedera dibawa ke hospital  berhampiran. Antara empat hingga lima juta pekerja migran terutamanya dari  Myanmar, Laos dan Kemboja ketika ini bekerja di Thailand. – Bernama

    Keadaan bas dua tingkat yang terlibat dalam kemalangan di wilayah Tak, berhampiran sempadan Thailand-Myanmar semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda