Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Enam meninggal dunia selepas penularan pertama diumum

    SEOUL, 13 MEI – Enam orang meninggal dunia manakala 350,000 menerima rawatan kerana demam yang menular ‘dengan pantas’ di seluruh Korea Utara, menurut laporan media negara hari ini, sehari selepas mengesahkan penularan buat kali pertama sejak pandemik.

    Korea Utara berkemungkinan besar tidak mempunyai kit ujian COVID yang mencukupi dan ia tidak mengetahui punca demam yang berlaku secara meluas itu.

    Tetapi penularan COVID mampu memberikan kesan buruk terhadap negara itu disebabkan sistem kesihatan yang tidak terurus, penduduk belum divaksinasi dan kekurangan zat makanan.

    Agensi Berita Pusat Negara (KCNA) milik Korea Utara berkata 350,000 orang mengalami demam sejak penghujung April, 162,200 daripadanya sudah sembuh. Ia melaporkan 18,000 orang baru-baru ini dikesan mengalami gejala demam pada Khamis sahaja, dan 187,800 orang ketika ini berada dalam pengasingan diri.

    Seorang daripada enam yang meninggal dunia dijangkiti varian Omicron, menurut KCNA, namun ia masih belum jelas berapa ramai jumlah penduduk yang demam mengalami COVID.

    Korea Utara mengenakan perintah berkurung kelmarin selepas mengesahkan kes pertama COVID. Laporan tersebut mengatakan ujian daripada jumlah pesakit yang tidak dinyatakan menunjukkan keputusan positif dijangkiti varian Omicron. – AP

    Petugas kesihatan menyembur semburan nyahkuman di Pyongyang. – Enam orang meninggal dunia manakala 350,000 menerima rawatan kerana demam yang menular ‘dengan pantas’ di seluruh Korea Utara, sehari selepas mengesahkan penularan buat kali pertama sejak pandemik. -AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...